Bila sebut hal politik ramai akan kata politik itu kotor. Aku pun fikir politik tu kotor suatu masa dulu. Sampailah pada satu pagi aku boleh bincang subjek berat ni dengan ayah aku. Bayangkan.. Dalam pukul 6.30 pagi masa aku nak hantar ayah gi kerja boleh terfikir nak bincangkan hal politik. Aku ngan family aku bukanlah satu family yang begitu obses dengan politik. Sekadar biasa-biasa. Sebab pada kami, benda ni tak memberi apa-apa faedah pada kami.
Tapi, tak pulak bermaksud kami tak ambil port langsung perihal politik ni. Yang buat aku tertarik bila ayah aku kata politik ni tidaklah kotor sebab dalam Islam sendiri ada politik. Yang menjadikan sesuatu perkara tu kotor sudah semestinyalah manusia tu sendiri. Apa-apa perkara pun yang menjadikan ianya buruk, kotor adalah manusia tu sendiri. Kerosakan di bumi dan dilaut adalah kerana tangan manusia sendiri.
Ayah cakap lagi, zaman nabi dulu politik yang dibina adalah untuk menyatu-padukan umat manusia. Tapi politik yang sekarang ni lebih banyak memecah-belahkan umat manusia. Kalau tak, masakan zaman nabi dulu Islam berkembang dengan pesat sekali. Sampaikan nikmat Islam tu kita rasa sampai ke hari ni.
Zaman nabi dulu baginda menguruskan cacian orang-orang kafir dengan berhemah. Mana pernah kita dengar cerita nabi balas keburukan yang dilempar dengan keburukan. Lagi banyak baginda dapat cacian hinaan lagi banyak baginda balas dengan kebaikan. Sebab itu yang sebenarnya Islam. Sebagai pemimpin baginda tak pernah mengajak atau mengajar pengikut-pengikutnya membalas segala keburukan orang kafir dengan keburukan. Tapi, baginda tunjukkan nilai-nilai murni, tunjukkan kebaikan pada orang kafir sehinggakan mereka dapat menerima Islam.
Politik kita sekarang.... Sekali dibagi tahi, kumbahan terus dibalasnya. Kononnya menegakkan Islam tapi, kenapa masih ada caci maki, tohmahan, kutuk-mengutuk sampaikan menjatuhkan hukum macam dosa pahala, syurga neraka kat tangan kita. Kalau bukan orang-orang dia, taknak bersalam. Salam tak bersahut. Macam mana Islam nak berkembang kalau kita sendiri menjarakkan diri kita dengan orang lain. Bukannya dengan orang bukan Islam tapi dengan orang Islam sendiri. Kalau tak berjanggut, dahi lebam, tak bertudung labuh tak boleh salam. Tak boleh menyahut salam. Macam ni ke Islam yang diajar Rasul?
Aku bukan buat tohmahan mengkhinzir buta. Tapi inilah realitinya yang aku nampak depan mata aku. Aku peratikan je. Kalau tak sama warna dengan dia tak boleh ngam. Kata nak kembangkan Islam tapi kenapa masjid asing-asing? Tak boleh berjemaah sekali ke?
Dan aku tak boleh hadam sesetengah manusia yang menganggap politik tu satu pegangan.
Politik bukan satu pegangan. Politic is politic. Jangan buat politik seperti agama yang kena di pegang.. Politik tu bukan boleh bagi kita syafaat.
Sebab politik, kawan jadi musuh. Sebab politik saudara tak bertegur sapa. Sebab politik jiran tak kenal jiran. Sebab politik, silaturrahim diputuskan. Pada aku baik tak payah obses sangat kalau semua ni terjadi.
Ini apa yang aku fikir. Ini apa yang ada dalam otak aku. Korang terpulang korang lah, Aku just cakap apa yang aku rasa nak cakap. Sebab tu aku ambil langkah biasa-biasa. Tak obses dengan politik. Politik ni kalau kita urus dengan baik, indah sebenarnya. Politiklah secara sihat. Bukan seperti sekarang.
Sekian!
*bapak skema ayat aku kali ni. subjek berat haruslah kan... #kbai!
2 comments:
Terbaik lah ben. Mmg itu pun yg gua fikirkan. Polistik dh jd serupa agama
Ye...kite serupa!..:P dan itu fenomenanye sekrang yg ptut dibimbangkan...
Post a Comment