Assalamualaikum....
Lama aku mengumpul idea untuk update entry baru dan aku tiba-tiba salah seorang rakan blogger aku membuat cadangan yang amat bernas untuk kita sama-sama membantu saudara seIslam kita di Palestin. Selain dari kita memboikot barangan Israel, kita juga perlu mendoakan kesejahteraan saudara kita disana.
Jadi, sehubungan dengan perkara itu, GENG BLOGGER SENGAL telah bekerjasama dengan GROUP BLOGGER APAKAH? untuk sama-sama membantu saudara kita disana dengan meyalurkan sedikit sumbangan ikhlas serta yang kita mampu. Walaupun hanya beberapa ringgit diharapkan sumbangan kita itu akan sedikit sebanyak membantu saudara kita disana.
Walaupun ia adalah usahasama rakan-rakan blogger, mereka-mereka yang membaca entry ini bukan daripada golongan blogger juga dialu-alukan untuk menyumbangkan sumbangan ikhlas dari anda. Kutipan akan dijalankan bermula 21hb November 2012 sehinggalah 12hb Disember 2012. Untuk keterangan lanjut aku sertakan poster untuk ditatap oleh para pembaca :
Bagi mereka yang telah menyalurkan sumbangan dengan bank-in kepada num akaun diatas, anda bolehlah menghubungi Nabiel Faan dan juga Yuyu Ali untuk memberitahu mereka tentang sumbangan anda untuk memudahkan urusan sumbangan. Jika anda inginkan keterangan lanjut atau mempunyai kemusykilan mengenai hal ini, bolehlah menghubungi nombor talifon yang tertera pada poster.
Diharapkan dengan sedikit sumbangan ikhlas kita itu dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh para saudara kita disana. Sama-samalah kita berdoa semoga para saudara kita tabah menghadapi dugaan ini.
Selipar dan Wedges
No comments:
Post a Comment