, Masalah. | abenisme

Pages

"seorang rabun yang tidak rabun hatinya...gitchuu"

Tuesday, 27 November 2012

Masalah.

*On mp3, search "Harapan by HyperAct", high volume*

Assalamualaikum...

Hye peeps! :') Bila nak menulis entry dengan mendengar lagu-lagu di mp3 ni... memang membuatkan idea datang menjela-jela.

Tapi, macam biasalah...bila handphone ade je kat tangan mulalah idea tu terbang macam pasir kat padang pasir. Itu pun merupakan 1 masalah jugak tu.. :)

Ahhhhh masalah... Everybody have their own problems. Macam aku jugak. Hari-hari datang masalah. Hari ni masalah lain. Esok masalah lain. Lusa masalah lain. Sampailah kita menutup mata.. :)

Bila kita ada masalah, basicly kita akan jadi hot tempered. Rasa tak selesa. Rasa sesak nafas. Rasa nak tikam orang pun ada. Hahaha

Aku nak kongsi 1cerita masa aku sekolah dulu. Aku ingat lagi. Dulu aku tak pandai handle masalah. Bila ada masalah mulalah dalaman aku buat hal.

Aku ingat lagi dulu, aku ada kawan yang sakit sebab eksiden. Dia ada ubat tahan sakit yang bila dia makan, dia akan tidur untuk hilangkan sakit dia. And dia kata bila tidur tu memang lupa segala masalah. Lena betul.

Aku pulak masa tu, boleh mintak ubat tu dekat dia. Dia tak bagi. Berkeras dia taknak bagi sebab yelah tu ubat tahan sakit dia. Memang tinggi la drugs dia. Aku pun berkeras mintak ubat tu.

At last dia bagi. Dah ada dalam tangan, ape lagi.. Malam tu aku makan sebiji. Memang lena aku tidur.

Tapi bila bangun tidur, masalah tu bukan hilang pun. Still lagi kena hadap n settlekan. Betul cakap orang ;

"LARI DARI MASALAH TAKKAN SELESAIKAN MASALAH. MASALAH UNTUK DIHADAP DAN SELESAIKAN."

Tujuan aku cerita ni bukan aku nak bukak aib aku. Tapi nak kongsi kat semua yang penyelesaian masalah bukan dengan ambil dadah ke, arak ke, rokok ke atau lagi teruk bunuh diri!

Masalah kena diselesaikan. Dengan otak dan akal yang telah Allah kurniakan pada kita sebab kita adalah sebaik-baik kejadian. Allah takkan meguji hamba-Nya lebih dari kemampuan hamba-Nya.

Bila kita ada masalah ingatlah bahawa itu adalah cara Allah nak kita dekat dengan-Nya. Supaya kita sentiasa ingat pada-Nya...

So, ada masalah nak bunuh diri, nak hisap rokok, teguk arak, ambil dadah memang satu tindakan yang terkutuk dan teruk! Sentiasalah berpegang pada iman dalam diri kita. Allah sentiasa ada dengan kita walaupun kita sering lupa pada-Nya. Jadi, kembalilah pada fitrah kita. :)

Manusia susah nak faham diri kita. Hanya kita dan Allah sahaja yang tau keadaan diri kita. Jadi, doalah pada Allah, mengadulah pada Allah. Kerana Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengasihi, Maha Besar... :)

p/s : to her, tengs sebab kenal diri saya melalui blog lama saya dulu.. Banyak kenangan blog tu...:)

Selipar dan Wedges.

5 comments:

Unknown said...

betul. tak boleh lari dari masalah selagi hidup :)

Unknown said...

betul tu ammelia...kalo kita lari dari masalah pun buatkn masalah lg besar untuk ape kan? :)

Anonymous said...

Idop musti d teruskn....apepon mslah yg mndtg,ia akn mmatangkn kte....where ever u go don't look at back....

Unknown said...

yeeaaahhhh...betui tu kak ija.....:)

Anonymous said...

Xdapat dihubungi.. Jannah.. Mcmana dgn group ws..?

Hai there..