, November 2014 | abenisme

Pages

"seorang rabun yang tidak rabun hatinya...gitchuu"

Friday, 28 November 2014

Cinta, Buku, Penipuan dan Aku..

n/p : Chasing Pavement -- Adele

HoLa!!

Bagilah aku kekuatan untuk menulis blog lagi...  Zaman-zaman kerajinan!..  Zaman-zaman pakai domain .com, zaman-zaman aktif kat group blogger-blogger FaceBook..  Aku stop guna domain .com dulu sebab aku rasa membazir sebab aku time tu malas nak update blog... Dua bulan sekali!  Tiap-tiap bulan bayar tapi tak update tak guna jugak kan?  Oke! beralih cerita kepada cerita lainnya! Hahaha


Cakap pasal cinta ni, aku tak lah jiwang sangat.  Walaupun dalam hati ni ada taman bunga-bunga rama-rama bagai, tapi nak lentok sangat tak lah sebab aku dah lama tinggalkan zaman-zaman lentok leleh ni.  In other word, SERIK!! *aku tengah jammed ni...terus hilang ayat dah ni!*

*15 min kemudian*

Aku jadi tak fikir sangat pasal jiwang cinta bagai ni sejak aku layan buku..  Buku-buku Lejen, DubookPress, Terfaktab dan seangkatan dengan mereka-mereka ni..  Sebab jenis aku bila baca. aku masuk dalam buku tu..*if u noe wat i mean*.  So bila aku baca buku, aku akan lupa semua benda.  Aku hampir nak terlepas station masa aku naik komuter balik kampung haritu semata sebab leka baca Seyogia.

SEYOGIA KARYA AMAL HAMSAN
*thumbs up*

Agak lambat aku kenal buku-buku Lejen bagai ni.. Dan agak lambat aku layan buku Seyogia ni.  Sekarang aku nak carik buku Mani:Wanita Kebaya Kuning ... Buku terbaru karya Syafie Mahyani selepas karya Wanita Kimono Merah. Cakap pasal Wanita Kimono Merah ni, ni satu-satunya buku seram yang bila aku baca, aku terbayang sampai dalam mimpi.  Even aku dalam jamban pun aku bayangkan Wanita Kimono Merah tu.  Dia punya imaginasi dia..... Salute habis doh!

Jadi ceritanya sekarang aku nak kisahkan pasal cinta aku sekaranglah.. Pasal cinta aku kat buku ~ ~  Hohoho!

Dah lama aku tinggalkan zaman membaca ni sebenarnya..  Dulu aku layan buku-buku Alaf21.  But honestly, buku tu sangat boring!  Setiap buku diorang, jalan cerita sama...  Semuanya sama!~ Perempuan miskin kahwin dengan lelaki kaya... Lelaki kaya tu sombong, at last diorang bercinta...  Tak pun perempuan sombong tak nak becinta dengan lelaki tu at last becinta balik dengan lelaki tu lepas lelaki tu jadi sombong!  Boring, boring, boring!!!!!!!!!!!

Get some real life lah sikit kan.  Tu bukan realiti, tu fcuking shit tipu dusta mati seksa!  Mana ada real life camtu bhai!  Bukak mata sikitlah kan..  Sebab buku tu jugaklah aku membayangkan kehidupan cinta aku akan dapat camtu jugak..  Bahagia dengan PRINCE CHARMING yang super duper baik hati, funny, dan segala yang positive and sweet!  But, please lah.. Penipuan agung semua tu.

Actually aku at opis lagi ni..  Keje kerani tapi dah macam guard dah ha... Tak balik umah lagi ni.  Kalah orang projek juta-juta.. *krik krik krik*

Dah lah.. Aku nak balik, nak mandi, solat bagai pehtu tido! Esok nak kerja lagi..  Ahad kerja lagi... Isnin kerja lagi... Selasa kerja lagi... =|

aBEn iDr's 

Sunday, 9 November 2014

Angin Kencang..

Pasak earphone , turn on mp3 , Angin Kencang by Noh Hujan --> 70% volume..

Assalamualaikum,
Hai sahabat handai... Feeling pulak lagu ni.. Awal kemunculan lagu ni aku x expect yg ini adalah lagu Hujan.. Ntah kenapa aku pun tak tahu.. Hurm.. Biarkan lagu tu..

Hai there..