, November 2013 | abenisme

Pages

"seorang rabun yang tidak rabun hatinya...gitchuu"

Saturday, 2 November 2013

Cerpen : Matang

Lima tahun.  Satu masa yang aku rasa cukup lama untuk mematangkan aku dalam hal percintaan.  Kalau orang kahwin dah ada 4anak aku rasa.  Tu pun kalau diorang suburlah.
<!-more->
Aku rasa aku matang kot.  Cuma dia aku rasa belum cukup matang.  Walaupun berjuta kali dia suruh aku jadi matang.  Jadi wanita bukan budak perempuan.  Jangan terlalu kebudak-budakkan.  Kata dialah.  Tapi, pada aku dia belum cukup matang lagi.  Nak tau kenapa aku kata dia tak matang?  Meh aku cerita...

Dia ni sekolah tinggi.  Orang omnisiti(universiti) bak kata arwah wan aku.  Aku ni budak EsTiPiiEm(STPM).  Tu pun dengan keputusan ala-ala bangsat sikit.

Aku kenal dia pun dah lama.  Dari sekolah Tingkatan 5 lagi.  Zaman-zaman spender pun mak belikan lagi.  Dulu masa sekolah dia taklah jilaka sangat cam masa dia masuk omnisiti.  Dia matang time tu katanya.

"Jangan bercinta macam budak sekolah boleh tak?  Kita dah 20an lah.  24jam nak mesej,susahlah.  Awak cuba matang sikit.  Berdiri atas kaki sendiri.  Jangan harap saya je."

Pergh!  Kata-kata dia.  Menusuk terus ke jantung(tapi belum tembus lagi.  Sebab ada ayat lagi power dia bagi).  Tapi sebenarnya sampai sekarang aku tak faham part berdiri atas kaki sendiri tu.  Aku iyakan je.

Lepas dari tu, aku cool je.  Lama jugaklah dia tak mesej aku.  Sampai aku join benda-benda media soSIAL ni.  Dulu aku aktif kat mLife.  Lebih kurang Facebook jugak benda tu.  Pastu, agak lama jugaklah dia mendiamkan diri, seolah-olah macam aku ni tak wujud pulak.

Sampailah satu saat aku mesej dia, call dia.  Tanya kenapa diamkan diri je.  Dia terus jawab,

"Awak ni asyik nak mesej je.  Saya rimas awak tau tak?  Saya nak jugak ada life dengan kawan-kawan, keluarga semua.  Awak pulak asyik nak mesej je..!"

Yang ni memang menusuk jantung terus tembus.  Kira macam ibarat adik beradik Winchester tikam dada vampire terus terbakar tu.  Camtulah rasa dia.  Padahalnya, dah 4bulan dia tak mesej aku, sehari tu jelah aku mesej dia bertalu-talu dari pagi ke petang.  Memang macam nikhirimm perangai dia.

Aku time tu diam jelah.  Tu je yang aku mampu.  Dia membebel-bebel dah.  Aku diam je.  Time tu memang aku rindu sangat nak dengar suara dia.  Tu yang dia membebel aku diam je.  Walaupun air mata aku dah mencurah-curah ibarat air terjun Lata Kijang(ok, tu melampau!).  Macam-macamlah dia cakap.  Pastu aku cakap 1ayat je.

"Awak dah banyak berubah, awak tak macam dulu..."

Dia dengar je camtu, terus dia sambung balik membebel dia!

"Kalau awak nak saya yang dulu, awak cariklah.  Saya bukan saya yang dulu.  Dan saya tak ada mesin masa nak dapatkan saya yang dulu."

Ini memang bertambah menusuk jantung.  Terbakar kali ke-2.  Time tu tak tunggu apa dah.  Air mata aku dah macam air sungai dia punya mengalir.  Memanglah dia tak ada mesin masa.  Dia bukan doraemon nak ada benda alah bangang tu.  Situ je aku dah terbayang, "tak matang lagi dia ni.."  Tapi aku diamkan je.  Sayang punya pasal.

Pastu dia sambung lagi,

"Tapi kalau awak dah jumpa orang lain, jangan harap saya akan berhubung dengan awak lagi.  Walaupun sebagai kawan.  Jangan pernah contact saya lagi.  Walaupun sebagai seorang kawan, faham?!"

Yang ni memang terus aku tutup fon, gelak macam perempuan meroyan!  Bengong je.  Ko suruh aku jadi matang kononnya, tapi kau sendiri perangai macam budak-budak.  Dah kalau kau tak bagi aku contact kau lepas kita break, walaupun sebagai kawan, belah mananya kau kata kau dah matang?!  Celah ketiak kau, matang?!!

Hai there..