, January 2013 | abenisme

Pages

"seorang rabun yang tidak rabun hatinya...gitchuu"

Wednesday, 9 January 2013

Blogger Bakal Disaman???

Assalamualaikum....

Panas kan tajuk die?? Ni adalah antara cara blogger carik pembaca. Tapi...kena fikir habis-habis bila nak buat satu-satu tajuk dan satu-satu cerita..

Kenapa aku cakap camtu? Sebab tadi aku tengok berita.. Yang tulisan gerak-gerak tu ada tulis blogger akan disaman kerana menyebarkan cerita fitnah pasal kesihatan PM.

Samalah kesnya dengan blog yang terlalu syok sangat ceritakan perihal artis sampaikan buat cerita yang sangat-sangat pelik sehingga terjadinya fitnah.

Menulis blog memang best. Seronok. Tapi bukan bermakna kita boleh tulis ikut suka hati kita. Walaupun kau akan kata "Blog aku suka hati akulah!" .

Kalau dah kena saman tahan lah telinga orang akan cakap, "Aku suka saman orang,so suka hati aku lah.." Tu belum lagi budak-budak sekolah yang ade blog then ceritakan pasal orang yang dia tak suka kat sekolah. Sampai keluar perkataan kesat. Advance betul budak-budak sekarang.

Itu je yang aku nak cerita. Hee.. Gian nak menulis sebenarnya. Haha..

p/s : fuuuhhh3... Banyak habuk..hahaha

Selipar dan Wedges.

Hai there..