, November 2012 | abenisme

Pages

"seorang rabun yang tidak rabun hatinya...gitchuu"

Tuesday, 27 November 2012

Masalah.

*On mp3, search "Harapan by HyperAct", high volume*

Assalamualaikum...

Hye peeps! :') Bila nak menulis entry dengan mendengar lagu-lagu di mp3 ni... memang membuatkan idea datang menjela-jela.

Tapi, macam biasalah...bila handphone ade je kat tangan mulalah idea tu terbang macam pasir kat padang pasir. Itu pun merupakan 1 masalah jugak tu.. :)

Ahhhhh masalah... Everybody have their own problems. Macam aku jugak. Hari-hari datang masalah. Hari ni masalah lain. Esok masalah lain. Lusa masalah lain. Sampailah kita menutup mata.. :)

Bila kita ada masalah, basicly kita akan jadi hot tempered. Rasa tak selesa. Rasa sesak nafas. Rasa nak tikam orang pun ada. Hahaha

Aku nak kongsi 1cerita masa aku sekolah dulu. Aku ingat lagi. Dulu aku tak pandai handle masalah. Bila ada masalah mulalah dalaman aku buat hal.

Aku ingat lagi dulu, aku ada kawan yang sakit sebab eksiden. Dia ada ubat tahan sakit yang bila dia makan, dia akan tidur untuk hilangkan sakit dia. And dia kata bila tidur tu memang lupa segala masalah. Lena betul.

Aku pulak masa tu, boleh mintak ubat tu dekat dia. Dia tak bagi. Berkeras dia taknak bagi sebab yelah tu ubat tahan sakit dia. Memang tinggi la drugs dia. Aku pun berkeras mintak ubat tu.

At last dia bagi. Dah ada dalam tangan, ape lagi.. Malam tu aku makan sebiji. Memang lena aku tidur.

Tapi bila bangun tidur, masalah tu bukan hilang pun. Still lagi kena hadap n settlekan. Betul cakap orang ;

"LARI DARI MASALAH TAKKAN SELESAIKAN MASALAH. MASALAH UNTUK DIHADAP DAN SELESAIKAN."

Tujuan aku cerita ni bukan aku nak bukak aib aku. Tapi nak kongsi kat semua yang penyelesaian masalah bukan dengan ambil dadah ke, arak ke, rokok ke atau lagi teruk bunuh diri!

Masalah kena diselesaikan. Dengan otak dan akal yang telah Allah kurniakan pada kita sebab kita adalah sebaik-baik kejadian. Allah takkan meguji hamba-Nya lebih dari kemampuan hamba-Nya.

Bila kita ada masalah ingatlah bahawa itu adalah cara Allah nak kita dekat dengan-Nya. Supaya kita sentiasa ingat pada-Nya...

So, ada masalah nak bunuh diri, nak hisap rokok, teguk arak, ambil dadah memang satu tindakan yang terkutuk dan teruk! Sentiasalah berpegang pada iman dalam diri kita. Allah sentiasa ada dengan kita walaupun kita sering lupa pada-Nya. Jadi, kembalilah pada fitrah kita. :)

Manusia susah nak faham diri kita. Hanya kita dan Allah sahaja yang tau keadaan diri kita. Jadi, doalah pada Allah, mengadulah pada Allah. Kerana Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengasihi, Maha Besar... :)

p/s : to her, tengs sebab kenal diri saya melalui blog lama saya dulu.. Banyak kenangan blog tu...:)

Selipar dan Wedges.

Saturday, 24 November 2012

Promo : Dutch Lady 250ml FOC Key Chain

Assalamualaikum...

Hye peeps! Harini nak cerita pasal promosi di 7Eleven pada bulan hadapan iaitu promosi Dutch Lady 250ml.

Bermula 26hb November 2012 sehingga stok masih ada akan berjalannya promosi Dutch Lady ini.. Caranya mudah sahaja..

Beli Dutch Lady(any flavour) 250ml sebanyak dua kotak, dan anda akan mendapat 1key chain yang sangat-sangat comel!! Ada 5pilihan keychain..:)

So, apa tunggu lagi?? Serbu lah 7Eleven berdekatan..:)

p/s : tak pastilah kedai2 runcit turut serta atau tak..ni aku tunjuk gambar2nya...

Selipar dan Wedges.

Tuesday, 20 November 2012

Blogger Android

Assalamualaikum....

Hye peeps! Lama betul tak hapdate status! Kebizian kemelandaan disamping tak ada ide nak tulis..haha So, hari ni nak cerita pasal apps Blogger di Android.

Aku sebenarnya baru perasan yang Blogger dah update new version. Hari tu aku saja bukak Play Store, and aku nampak ada new update available. So, bila aku tengok, Blogger adalah salah satunya.

So, aku update kan...dan ia 20% ohsem dari yang lepas. Dia punya appearance mesra pegguna. Senang nak tengok apa yang kita dah post. Memang nice.

But, still lagi kurang memuaskan sebab tak boleh letak gambar dekat paragraph yang kita nak. Tak boleh letak caption pada gambar.

So, bawah ni aku sertakan beberapa gambar screen capture...*ada 3 je pong...hahaha*

p/s : aku still tak puas hati sbb image xboleh letak kat para yg kita nak..dari 5bintang aku bagi 1setengah!

Selipar dan Wedges.

Tuesday, 13 November 2012

Promo : Slurpee Woobler Car !

Assalamualaikum...

Lama pulak rasanya tak update. Sorry la ye. Banyak benda nak kena settlekan. So, harini punya cerita pasal Slurpee Woobler Car! Aku akan ceritakan macam mana nak dapatkannya!

So bawah ni adalah 3 design Slurpee Woobler Car yang ada dibeberapa 7Eleven di kawasan berdekatan korang. Pengedaran Slurpee Woobler Car bermula semalam, (12.November.2012) sehingga stok masih ada.

Mungkin beberapa 7Eleven dan mula mengedarkannya awal daripada tarikh tersebut, dan mungkin juga ada yang dah dapat Slurpee Woobler Car tu. Tapi kalau ikutkan tarikh dari HQ, ia patut mula diedarkan semalam.

Oh! Cara untuk mendapatkannya ;
1- Beli mana-mana saiz Slurpee (12oz, 16oz, 22oz) dan mana-mana perisa Slurpee
2- Buat pembayaran
3- 1 Slurpee Woobler Car menjadi milik anda! :)

So, jangan lepaskan peluang! Mari berkunjung ke 7Eleven untuk mendapatkannya! :D

p/s : kalau staff tu tak bagi, korang mintak je! kuikuikui :D

Jay.


Sunday, 11 November 2012

Istanbul Aku Datang !

Assalamualaikum...

Semalam, lepas kenduri aku tak tau nak buat ape, aku ajak anak buah aku tengok wayang. Memula nak tengok Budak Pailang, tapi sbb anak buah aku bawah umur, so, kitorang tengok ISTANBUL AKU DATANG!!!!! :D

To be honest, cerita tu sangat sweet! Mula-mula aku tengok aku terus jatuh hati dengan suasana die. Teknik gambar die. Too sweet~~  Walaupun pada permulaan agak lambat cerita dia tapi taklah sampai membosankan..

Cerita ni mengisahkan pasal Dian yang mengambil kursus pendek di Istanbul semata-mata untuk mengambil hati kekasihnya, Azad supaya melamarnya untuk berkahwin.. Dian mengambil keputusan untuk tinggal dirumah Azad, tetapi Azad tidak membenarkannya dan menyuruh Dian mencari rumah sewa baru.

Segala-galanya menjadi huru-hara apabila Dian mendapat sebuah apartment daripada seorang penipu! Disitulah dia berjumpa dengan Harris "teman serumahnya"! Timbulnya pelbagai masalah yang sangat sweet semasa dia di apartment barunya!

Nak tau apa yang terjadi korang kena tengok! Harus tengok! 5bintang untuk filem ini! :D

p/s : cerita yang sangat best walaupun macam korea sikit. Sebab duk serumah dengan lelaki. Btw, it's just a film kan.. :D

Jay


Friday, 9 November 2012

Rezeki Haram?? So?

Assalamualaikum..

Uhhuuuuuhuiii... Tajuk memang tak boleh blah... Rezeki Haram... Banyak tafsiran boleh dibuat pasal Rezeki Haram ni. Yang terang dan jugak yang tak terang.

Yang terangnya, of course la yg melanggar undang-undang agama serta negara. Macam hasil jual dadah, jual orang, jual arak dan sebagainyalah.

Selain tu, kerja yang sering dianggap hasilnya rezeki haram adalah kerja di kedai serbaneka iaitu 7Eleven. Hampir semua yg tanya aku kerja apa bila aku kata 7Eleven diorang akan berubah muka. Aku tau yg menyebabkan diorang fikir macam tu adalah sebab 7E ada jual arak.

Aku tak pernah salahkan diorang nak fikir macamtu. Semua ada hak berfikir masing-masing. Macam Milo.. Hak Bermain Hak Kami. Kan??

Now aku nak tekankan beberapa perkara yang buat aku terfikir nak kategorikan kerja macam ni rezeki halal atau tak.

1. Of course la rasuah ;
Walaupun kita cuma cakap, "Ala..tak kesah sangat. Belanja aku KFC je pun boleh settle kes ni.." tapi sedar tak kita perkara tu dah jatuh jd rasuah?? Fikirkan....

2. Claim OT.
Bukan salah nak claim OT. Yang buat salahnya.... OT sebenar sejam je, tapi di claim kan 2jam.. Ataupun kerja OT tu memang sepatutnya habis pukul 7ptg. Tapi, habis awal.. Pukul 6ptg da siap. Bila claim tulis balik kul 7ptg jugak.. Halal ke tu?

3. Punch card;
Ni memang rare! Punch card pukul 8pg...balik rumah, buat kerja lain... Pukul 5ptg masuk pejabat punch card balik... Tu belum lagi yang masuk pukul 8pg, punch card, duduk pejabat 2,3jam pastu tak tau nak buat apa duk merayau g shopping mall bagai, lunch hour patut 1jam cthnye diamik 3jam.. Pukul 5 nak balik punchcard balik. Tiap2 bulan dapat gaji. Halal tak tu?

4. Kerja sambil lewa ;
Sbg contoh, kontraktor.. Dapat tender tanam rumput padang. Bayaran dah dibayar 20%. Segalanya ok pada permulaan, bayar lagi 40%.. Hilang tah kemana. Rumput mati.. Halal tak duit tu??

5. Menipu ;
Haa...ni bukan penipuan terang-terangan.. Kalau secara terang memang salah la! Ni secara senyap2. Let's say, seorang salesman menjual satu produk.. Dicanangnya kata produk ni memang baik, bagus, makan sebiji kenyang 40hr.. Kalau berenti makan badan takkan naik macam dulu. Tapi hakikatnya... Semuanya tak betul. Agak duit yang salesman tu dapat halal tak???

Jadi, fikir-fikirkanlah. Jangan hanya nampak yang terang-terangan.. Yang tersirat tu juga kena kaji, kena tengok. Kalau kata 7E tu gaji yg kitorang dapat tu haram... Baca balik ke semua diatas. Banyak lagi yg boleh dikupas sebenarnya.. Tapi ni jelah dulu.

Maaf andai ada yang terasa dan tak bersetuju. Aku cuma menyuarakan pendapat aku.

Jay.

Wednesday, 7 November 2012

Promo : BYO Slurpee Day!

Assalamualaikum..

Hola peeps! Aku patut post entry ni semalam...tapi sebabkan aku sibuk,aku tak sempat nak post entry pasal BYO Slurpee Day (Bring Your Own Cup) sempena Hari 7Eleven!

Jadi, harini (7 November 2012) bermula 7pagi-11malam datanglah ke 7Eleven berdekatan dengan korang untuk mendapatkan slurpee korang dengan harga RM2.20 sahaja.. Korang boleh bawak apa-apa bekas yg berdiameter 25cm untuk dipenuhi dengan Slurpee kegemaran korang!

Ia akan berlangsung harini, 7 November 2012 sempena Hari 7Eleven..7pagi-11malam!

Oh ye! Bila dah ambil Slurpee kegemaran korang dengan menggunakan bekas korang sendiri, jangan lupa, snap a picture and join contest BYO Slurpee Day dan masukkan dalam FB 7Eleven Malaysia to win cool prizes!

Jadi, apa tunggu lagi?? Carik bekas kegemaran korang yg berdiameter 25cm untuk diisi dengan Slurpee kegemaran korang hanya untuk RM2.20!!

Jangan lepaskan peluang ni oke!! Jom serbu 7Eleven!!!

p/s : Malangnya harini aku cuti! Tak dapat merasai kemeriahan Hari 7Eleven!

Selipar dan Wedges.



Tuesday, 6 November 2012

Wordless Wednesday #1

Hari Rabu hari tanpa perkataan.. Biarkan Gambar Menceritakan Sesuatu ~~~
Selipar dan Wedges


                      Berbicara tanpa suara....

Sunday, 4 November 2012

Uncle Cina dan Keratan Kitabnya...

Assalamualaikum...

Hurmm... Hari ahad yang suram... Kereta tak banyak..sunyi je.. Aku memula tadi malas nak hapdate.. Tapi tadi tiba-tiba ada something yang aku rasakan aku kena kongsi dengan semua...

Masa aku tengah borak2 dengan partner keje aku tadi, tetiba ada sorang uncle cina ni masuk.. Ingatkan die nak beli barang. Tiba-tiba dia bagi 1 helaian kertas.

Kitorang pun amik r... Bila baca, rupanya ia adalah keratan bible.. Ni bukanlah kali pertama die bg.. Sebelum ni pun ada dia bagi.. Tapi dia bagi hari Jumaat..kali ni hari Ahad pulak..

And benda yg buat aku lagi terkejut, dulu bagi keratan bible berbahasa Inggeris...hari ini, keratan yg diberi dalam BAHASA MELAYU! Cukup berani dia..

Aku tak tau la nak kata apa.. Memang salah apa yang dia buat sebab dah terang2 nampak aku pakai tudung.. Dah tentunya kitorg Islam.. Kenapa dia tetap juga bagi sedangkan dia tau kitorg org Islam.. Dan bila kitorg bce sekali imbas, ayat dia sangat la putar belit..ayat sastera lama.

Baru aku faham kenapa ramai org kita murtad.. Sebab ia memutar belitkan fakta.. Kalau tiada iman serta ilmu pasti akan tersasar.. Nauzubillah
..

Sekali baca nampak macam hanya cerita atau kisah sastera lama..tapi bila diamati betul2...ia sememangnya bukan kisah sastera dulu2..

Aku sekadar nak berkongsi, kalau ada yang bagi korg helaian cmni buang je la..xpayah nak layan..buang masa..

*Ya Allah ya Tuhanku, lindungilah aku,keluarga serta sahabat handai dari perkara yg tak diingini.. Lindungilah hati kami agar sentiasa terpelihara dari bisikan syaitan..lindungilah hati kami supaya sentiasa berada dilandasan-Mu yang benar dab lurus ini ya Allah...

Selipar dan Wedges.

-Ni r die keratan yg diberi.


Saturday, 3 November 2012

Aku, Keropok dan ...

Assalamualaikum....

Hola peeps! Memandangkan hari ni hari Sabtu dan hari ke-2 tertubuhnya blog cikai ni.....maka aku nak up 1 entry..hohoho

Aku pun actually tak tau nak update ape...so, aku tengah2 makan tadi, terpandang makanan yang aku pandang ni and aku teringat kat someone..yang paling aku sayang...:)

Ni makanan bila aku malas nak g tapau.. Megi makan dengan keropok tu memang sedap gile! Extra tu memang aku kena makan sbb *bisik2* -nak hilang bau mulut-

So,bukan nak cerita perihal semua makanan tu... Tapi aku nak cerita pasal keropok tu.. Keropok tu memang nostalgia habis..

Ceritanya macamni, arwah wan aku, masa 1st time dia jumpa keropok ni, dia terus beli. Bila esoknya, aku datang rumah wan, aku tengok keropok ni ada atas pinggan..

Aku pun amik la..n makan dan......*tuuppp* keras gile!! Sakit gigi wooo...  Yang peliknya..keropok ni tak sepatutnya keras gini..Then, wan aku datang kat aku and tanya kat aku kenapa keropok ni keras sangat..

Aku katalah aku tak tau.. Aku tanya kenapa letak atas pinggan and wan aku kata dia gorengkan keropok tu tadi.. Aku gelak punya maksima! Hahahaha patutlah keras gile...

Aku pun terangkanlah kat wan aku keropok tu tak payah goreng...makan camtu je..tegelak2 wan aku...hahahaha

Hadeh..masa bt entry ni pon senyum kambing aku..hahahaha...hurmm... Moga roh arwah wan dicucuri rahmat-Nya.. :')

Bye peeps!

Selipar dan Wedges.


Friday, 2 November 2012

Hi there!

Assalamualaikum...

Heee hi...aku tak tau la ni blog yg keberapa dalam hidup aku...ni namanya gatai!!! Kejap nak berblog, kejap idok... Aptb..hooo

Aku bukan apa..aku tak dapat nak hilangkan perasaan rasa nak post entry tu...naknya bila tengok member-member semuanya post2 blog..jeles tahu dak??

Btw, nak mintak maaf awal2 pada yang annoying dengan blog aku..hohoho *peace yooo* :)

K la..ini jelah kot dulu..harap kali ni kekal..hohoho

Bye peeps!

Selipar dan Wedges.

Hai there..